Tuesday, July 17, 2012

The Churros Project

I have heard about churros long before I managed to give it a try at One Utama. That was my first and probably will be the last one. Don't get me wrong, the churros there was good. But, since i have stumbled upon the churros recipe by Joy the Baker, i don't have to look further to One Utama (no pun intended). Never have I thought that it was sooo easy to make. 

And so I gave it a try, and made it for dinner. Yes, not good, I know. But there is nothing wrong with eating dessert wholly for dinner, right? Even my husband who is not a pastry lover likes it so much that he requested that I make it again the next day. 

So when my girlfriends and I decided to have a potluck party I know I have to make the churros. Girls and desserts are a perfect combo don't you think? And guys, take this, if for some reasons you don't wanna buy us shoes, just indulge us with desserts and we'll be fine (ok, I just made that up).

And again, during the potluck churros was a hit among my girlfriends. I'm so glad they really like it.:) 

Thank you Joy!
  
Photo courtesy of Almiraz





Thursday, September 22, 2011

Hadapi dengan senyuman

Hai. Assalamualaikum. Tak jawab berdosa.

Maaflah dah lama sangat tak jenguk blog. Bukan tak sudi, tapi mood tak mari. Kali ni mood pergi Antartika pulak. Hari tu pergi Siberia. (Eh kenapa asyik pergi tempat-tempat sejuk je?) Lama pulak mood ni menetap kat sana kali ni. Dah nak dekat habis raya baru nak balik.

Semua orang apa khabar? Harap-harap baik la hendaknya. Mungkin hidup ini tak sentiasa indah tapi, bak kata kumpulan Dewa,

"Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja "

 ~Hadapi Dengan Senyuman

Hidup kita ini tak dapat dijangka. Kadang-kadang hidup kita takkan mengikut acuan perancangan seperti mana yang kita mahukan. Yang merancang dan menentukan hanyalah Yang Maha Esa. Kalau kita percaya kepada Allah dan Qada' & Qadar, kita tentu percaya yang setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Kenapa saya bermonolog tiba-tiba ni? Mood saya masuk kelas sastera ke masa kat Antartika?

Hihi. Baiklah. Kita terus ke titik (huh?)

Straight to the point lah.

Saya dibedah baru-baru ni. Wahhh tu memang straight to the point sangat. Tak sedap pulak bunyinya. Kita selitkan dengan bunga-bunga bahasa sikit-sikit lah ya? OK, ceritanya begini. 3,4,5 bulan lepas saya keguguran. Sekali lagi. Saya dan suami walaupun terkejut tapi tak sedih sangat sebab ianya berlaku bila kami sendiri belum positif tentang pregancy saya. Faham? Tak? Macam ni la, pendekkan cerita, saya gugur waktu 4 minggu hamil (agaknya la). Waktu tu saya sendiri tak pasti sama ada saya mengandung. Bila buat test, line biru agak segan nak keluar menjengah. Tau-tau je dah gugur. OK, tak apa (sedapkan hati sendiri). Lalu berjumpalah doktor di sebuah klinik biasa yang telah mencadangkan saya pergi ke hospital membuat D&C (google sendiri makna D&C ya). Tapi saya tak sedap hati. Kemudian terus pulang ke bandaraya Ipoh berjumpa dengan obygyn kegemaran.

Dipendekkan cerita (sekali lagi) sebiji ketulan telah dijumpai di dalam rahim. Lalu, tanggal 21 Julai 2011, saya telah dibedah untuk mengeluarkan ketulan jahat tersebut. Sebenarnya keputusan untuk membuat pembedahan telah tertangguh banyak kali. Pertama kali saya didiagnosed pada bulan Mac. Banyak faktor kena ambil kira. Lantas, pada pagi 21 Julai saya telah menyerah diri di hospital. Agak saspen tapi tetap pura-pura cool. Seram sejuk noks. Korang pernah menyerah diri untuk dibedah? Kalau siapa pernah, anda memang cool.

Akan tetapi, ketulan yang dijumpai bukan hanya ada satu, tapi ada empat. Tapi jangan risau, itu tak hebat sangat. Ada org lain sampai berbelas-belas ketulan pun ada. Serius tak tipu. Jadi tak perlu terkejut dengan ketulan-ketulan hak milik saya.

Sekarang mari berkenalan dengan ketulan-ketulan itu. Ayuh.

Ketulan tersebut bernama cysts dan fibroid. Habitat cysts terletak pada ovari manakala fibroid terletak pada rahim. OK, itu saja yang saya tahu. Untuk maklumat lanjut layari http://en.wikipedia.org/wiki/Cyst dan http://en.wikipedia.org/wiki/Uterine_fibroid.

Sejujurnya saya tak tahu sudah berapa lama cysts dan fibroid tersebut bertapak dalam badan saya. Sejak keguguran tempoh hari, period cycle agak aneh dan lebih lama daripada biasa. Belakang badan saya juga asyik kesakitan seperti nenek-nenek si bongkok tiga. Obygyn kegemaran cuma prescribe ubat menahan period flow berlebihan (jangan tanya saya tak tau apa nama ubat tu). Selebihnya obygyn cuma mengambil konsep tunggu dan lihat. Oleh kerana tumbesaran cysts dan fibroid berlaku agak cepat, maka diputuskan bahawa pembedahan perlu dilakukan.

Melalui tempoh pasca pembedahan tidaklah menakutkan seperti yang dibayangkan. Cuma untuk hidup pada dua minggu pertama agak menyakitkan hinggakan nak bersin dan batuk pun menjadi perkara paling menakutkan. Kain batik telah menjadi rakan karib pada waktu itu. Berikutan itu, skill mengikat kain batik telah semakin baik dan yang paling tak boleh lupa saat-saat dimanjakan emak seolah-olah kembali ke zaman menjadi bayi. Mana tak manja, nak mandi pun mak tawarkan diri nak tolong. Tapi eh malu lah. Lagipun apalah yang susah sangat nak mandikan diri sendiri. Jangan nak gedik sangat. Cukup-cukuplah mak dah masakkan untuk saya, angkatkan pinggan cawan untuk saya dan sapukan ubat di badan sewaktu saya mengalami kegatalan tak terhingga akibat alahan. Comel kan mak saya? I love you forever, mak. Sepanjang tempoh itu juga, mak tak habis-habis berpesan, "Jangan langgeh-langgeh sangat, pelan-pelan sikit".

Hah? langgeh-langgeh? Wadehel? Buat kome yang tak tau, langgeh ni bahasa perak (agaknya la, atau mungkin perkataan ciptaan mak saya). Menurut kamus bahasa Perak atau bahasa mak saya, langgeh maksudnya lasak. Jadi bila diterjemahkan ayat mak saya bunyinya begini; "Jangan lasak-lasak sangat, perlahan-lahan sikit". Emak tahu anak perempuan dia ni bukanlah wanita melayu terakhir yang lemah lembut dan ayu. Maka hanya itulah yang kerap dipesan supaya anaknya tidak mengayun langkah seperti anak jantan lagaknya. Waktu itu juga saya mengenali rasa pati ikan haruan dan air ibu gamat. Rasanya OMG..itulah air yang paling SEDAP di dunia. Lagi sedap daripada teh o laici dan ribena. Boleh diminum selalu.

:)

Ikhlas saya katakan, saya redha dengan apa yang berlaku. Mungkin korang jengkel dengan positivity saya. Konon sangat minah ni. Jangan jengkel tak tentu pasal please. Jentik kang. Saya bukanlah terlalu positif sangat. Saya masih manusia biasa. Saya sedih, saya gementar, saya tertanya-tanya, saya risau. Tipulah kalau saya tak frust bila kena tunggu hingga tahun depan baru boleh cuba dapatkan anak. Tapi kalau saya asyik melayan perasaan ianya takkan mengubah apa-apa. Allah saja yang tahu kenapa semua ini terjadi.

Kepada mereka-mereka yang selalu melapangkan masa bertanya saya, "Bila nak ada anak?", "Dah ada ke belum?" "Bila lagi?" Dan yang paling tak tahan yang memberi nasihat tanpa diminta, "Ha cubalah makan itu ini itu ini". Saya nak minta tolong sikit. Tolong muhasabah diri. Saya tidak ada jawapan untuk semua soalan tu. Dan terima kasihlah atas nasihat kome. Thank you for your time. But please don't judge other people's life, you have no idea what have they been through. Saya tak kisah kalau ada yang bertanya "Dah ada anak ke?" Saya akan jawab dengan baik. Tapi ada bezanya kalau orang bertanya dengan niat yang ikhlas dibandingkan dengan orang yang sibuk-sibuk nak tahu. Kalau saya dan suami masih boleh cool dengan keadaan ini, kenapa tidak anda? Kami hanya mampu berusaha, berdoa, bertawakal dan bersabar. Saya selalu berpegang dengan kata-kata ini untuk menyedapkan diri;

Allah knows best. He works his magic ways.

Renung-renungkan dan selamat beramal.


"Carilah hikmah dalam setiap ketentuanNya, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yang payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan, namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman."
(La Tahzan ; DR. AIDH AL-QARNI, 2004)

Hai semua. Selamat berkenalan. Kamilah ketulan jahat itu.


Nota kaki: Lupa nak cerita, cysts saya tu ada gigi dan rerambut. Macam orang pulak. Cute but scary, no? Klik sini untuk maklumat lanjut. Oh ya, Alhamdulillah semuanya non-cancerous.


Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday v3.0

Wednesday, June 15, 2011

Isteri yang gembira

Pada suatu malam, di sebuah kedai, sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan mencuci mata dan membakar kalori. Pasangan suami isteri tersebut baru sahaja selesai menikmati makan malam mereka yang mana menu makan malam tersebut termasuklah Fish and Chips, Chicken Wings dan Meatballs. Tidak ketinggalan juga dessert seperti Daim cake dan egg tart yang merupakan makanan wajib bagi si isteri yang mempunyai gigi manis (baca:sweet tooth). Perlu dinyatakan di sini bahawa si isteri sedang melalui fasa diet-tanpa-nasi. Fasa yang telah dilalui selama hampir 2 minggu. Maka makanan yang menjadi pilihannya sudah tentulah apa sahaja kecuali nasi.


Sedang berjalan-jalan di kedai tersebut si isteri terserempak dengan sebuah alat penimbang. Maka dengan terujanya si isteri memanggil si suami lalu terus mencuba alat penimbang tersebut. Keterujaan si isteri berasas kerana seperti yang dinyatakan di atas, beliau sedang berusaha bersungguh-sungguh menurunkan berat badannya, tambahan pula di rumah mereka tidak terdapat alat penimbang (agak pathetic di sini sebab alat penimbang pun tak boleh nak beli). Maka si isteri dengan rasa berdebar-debar menimbang berat badannnya.


Tiba-tiba mata si isteri membulat bersinar-sinar bercahaya seolah-olah tidak percaya melihat nombor pada alat penimbang tersebut.


66kg.


Wahhhh.


Si isteri dengan terujanya menunjuk nombor tersebut kepada si suami. Si suami tersenyum sinis lalu mengatakan bahawa mungkin alat penimbang tersebut rosak. Tetapi hati si isteri berkata “ Tak mengapa suamiku, aku tahu kamu bangga sebenarnya”. Lagak pesimis suami itu tidak meruntun rasa teruja si isteri. Perkataan “66kg” asyik bermain di bibir hingga ke pintu keluar kedai tersebut hingga menyebabkan si suami hampir loya. Kata si suami “sudahlah isteriku, sudah lah.” Si isteri masih senyum sampai ke telinga tanpa mempedulikan kata-kata pesimis itu.


Pasangan tersebut kemudian pulang ke rumah. Sewaktu di rumah, sebelum isteri melangkah kaki memasuki bilik mandi, beliau sempat bertanyakan si suami yang sedang bersantai di atas katil.


“Wahai suamiku, adakah benar isterimu ini sudah kurus?”


Si suami yang sewaktu itu sedang bersantai sambil membaca akhbar telah membuat gaya mata ke atas, tangan ke bahu. Lalu menjawab seakan terpaksa.


“Ya isteriku, kamu memang sudah kurus”.


Si isteri tersenyum puas lalu melangkah ke bilik mandi.


********************************************
Cerita di atas merupakan sambungan daripada cerita ini.



Thursday, June 2, 2011

Body Battle

Contrary to Almiraz’s weight loss celebration, I, on the other hand shall celebrate my weight gain.
 
NOT.
 
Let me rephrase, I despise the fact that I have gained weight and have not being able to shed some…yet. I am at my heaviest weight now. At 70 freaking kg. Kejap eh, nak kira BMI, dah overweight or obese ni. Heh, the drama queen in me.
 
clip_image002
From here
Phewwwwwwwww.
 
Borderline. Adalah sangat horror ok. Eh, borderline apanya, 24.8 tu kalau dibundarkan jadi 25. Overweight!!! 
 
@.@ 
 
There were times when I used to be skinny like Posh Spice, but those were ancient times. Those were the days when my metabolism was as high as KLCC. So I could gorge on food like mad and not worrying too much of gaining weight.
 
But now, the reality check is, as we grow older, our metabolism will be lower. So I guess my sky-rocketed metabolism went down into KLCC drain. 
 
My weight gain history started when I first got married. I got pregnant once, and for a short while, and I guess during that short period of time I was happily munching on more food than usual. I suffered a miscarriage and soon after that, I managed to shed some teeny weeny bit of fats. But my weight back then was still within my abnormal range. I was at 65kg I think, yes considered abnormal to yours truly. My kind of ideal weight is 60-62kg.


I have my own theory for gaining weight. I have a partner who also loves to eat. Hence my theory is, when a foodie meets a foodie, BOOM! Our conversation always revolves around food. When I am having sweet tooth moment and craving for cupcakes, he would say the same thing too. When he’s craving for Nasi Ganja, I would crave for it as well. So off we go to satisfy our cravings. Sehati sejiwa, kan? :P
 
It is really challenging to lose weight now. It is super hard to lose 10kg. It is beyond difficult to have a body like Jennifer Lopez. It is tough but still doable. I have lots of motivation to keep me pumping up to lose weight. And today, I have another motivation coming in;
 
To fit into my old kebaya just like Almiraz.

Saturday, May 21, 2011

Mari Menari

Entry ini ditujukan khas untuk peminat no.1 saya, Iz Yahya.

Kenapa saya kata dia no. 1? Sebab dia selalu tanya bila saya nak update blog. Sebenarnya dia bukan tanya pun. Dia bagi arahan. Hei, update la blog, kenapa asyik update Wordless Wednesday je haa?

Hahaha.

I terasa macam artis gitu. Yela kan, peminat artis kan selalu tanya, eh Siti, bila u nak buat album baru? Eh Remy, bila nak berlakon filem baru, asyik-asyik Nur Kasih je?

Tettttt.

Baiklah. Kita lupakan mukadimah merepek di atas dan mula berbincang mengenai topik hari ini.

zumba-_cris_0041

Ini aktiviti terbaru saya sekarang. Disebabkan umur semakin meningkat, maka kadar metabolisme pun semakin rendah. Badan pun semakin flabby. Lalu saya harus berbuat sesuatu sebelum orang kata saya wanita beranak tiga.

Zumba is a dance fitness program created by dancer and choreographer Alberto "Beto" Perez in Colombia during the 1990s. The program combines international music with dance in an effort to make exercise fun. Zumba classes are offered through licensed instructors in more than 110,000 locations in over 125 countries.[1] DVDs are also available for learning at home. Classes and instructional DVDs use music based on salsa, merengue, cumbia, reggaeton and other international music styles and forms.”

Dalam erti kata lain, saya kini sibuk menari salsa, merengue, cumbia, reggaeton dan macam-macam lagi. Akan tetapi, bukan la belajar menari ni sebab ada niat tersembunyi nak masuk rancangan Mari Menari kat astro tu. No no no. Salah satu sebab kenapa saya pilih zumba ialah kerana ianya bentuk senaman yang fun dan dalam masa yang sama saya boleh belajar dan explore satu skill lain iaitu menari. Saya dah tak berapa suka jogging, jadi bagi saya berjogging di trek atau treadmill bukanlah satu pilihan yang ultimate.

Untuk kelas pertama saya dapatkan DVD zumba for beginners or Zumba for dummies. Koleksi DVD zumba ni ada 4 dalam 1. Tapi untuk permulaan ni kita belajar yang basic dulu la. Lepas dah terer basic, baru kita belajar zumba for cardio pulak.
zumba
Pertama kali berzumba adalah agak chaos sikit. Haha. Step entah ke mana, suruh pergi kiri kau pergi kanan. Lepas tu pulak sambil berzumba, terdengar orang ketawa berdekah-dekah kat belakang.


Suami saya.


Baik, tak apa. Saya abaikan. Tapi nanti bila body isteri sudah seperti Jennifer Lopez, sila jangan meleleh.


Heh. Mesti positif beb. Law of attraction, remember?


Suami sempat pesan jangan hangat-hangat tahi ayam sudah.


Positif. Positif. Ingat JLo.


Wednesday, May 11, 2011

Wordless Wednesday v2.0

baby
Syed Hafiyy Harraz - 5 May 2011


 
blog design by suckmylolly.com | Distributed by Deluxe Templates